ISTIQAMAH KUNCI KEJAYAAN
- Admin
- Sep 16, 2018
- 1 min read

Alhamdulillah, bagus 3 beradik ni istiqomah mai rumah ustaz setiap sabtu ahad sebab nak hafal quran, . Hari cuti pun kelas tahfiz hujung minggu tetap ON. Sape malas lambat la habis hafal. . Alhamdulillah 2 org (yg perempuan) dah settle hafal juz 30 (juz amma). Skang ni dah masuk hafal surah2 pilihan. Sorang surah As-Sajadah. Sorang lagi surah Al-Waqiah. . Yang adik (lelaki) ni masih juz 30. Surah Al-Buruj dah. Insyallah x lama lagi habis la tu. Lambat xpa. Asalkan istiqomah. . Ni la antara aset2 bernilai yg ustaz ada bila dah takde di dunia. Harap2 anak2 murid ni dapat ajar pula orang lain lepas ni bila dah dewasa. . Daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Jika seseorang manusia (Islam) meninggal dunia maka terputuslah segala amalannya melainkan tiga perkara, iaitu sedekah yang berterusan, ilmu pengetahuan yang dapat memberi faedah (kepada dirinya atau kepada orang lain) dan anak yang soleh/solehah yang beramal baik dan sentiasa mendoakan kepadanya”. (Hadis Riwayat Muslim)
Commenti