MAJLIS KHATAM AL-QURAN ADIK NOR ATIKAH BT MOHD ALI
- Admin
- Oct 20, 2017
- 2 min read

Assalalamualaikum wbt...
Alhamdulillah, semalam 19 Oktober 2017 bersamaan 28 Muharram 1439H telah selesai Majlis Khatam Al-Quran seorang lagi pelajar kelas Ngaja Ngaji iaitu adik Nor Atikah bt Mohd Ali (13 Tahun). Sekalung Tahniah kami ucapkan kepada adik atikah.
Untuk pengetahuan semua, Adik Atikah merupakan pelajar pertama yang belajar di sini pada awal kelas Ngaja Ngaji ini dibuka iaitu pada bulan Oktober 2015. Berkat usaha dan kesungguhan yang istiqamah, adik Atikah telah berjaya menamatkan bacaannya bermula juzuk 1 hingga juzuk 30 bersama guru Al-Fadhil Ustaz Syukri. Betapa gembira hati kedua ibubapa bila anaknya dapat membaca Al-Quran dengan baik dan sempurna.
Semoga kejayaan adik Atikah memberikan inspirasi kepada adik2 yang lain untuk konsisten dan istiqomah belajar membaca Al-Quran.
Di sini kami nak kongsikan sedikit Fadihat/Ganjaran Khatam Al-Quran :
Antara fadilat atau ganjaran yang akan diterima oleh sesiapa yang mengkhatamkan Al Quran dan sesiapa yang berada di dalam majlis khatam Al Quran berkenaan adalah seperti berikut: 1. Mendapat ketenangan hati dan jiwa:
Daripada Abi Hurairah r.a, Nabi s.a.w bersabda: “ Tidaklah berhimpun satu kaum itu di dalam rumah Allah yang mana mereka membaca Al Quran dan bertadarus di antara mereka melainkan turun kepada mereka itu ketenangan serta kerahmatan daripada Allah s.w.t… ” 2. Mendapat rahmat daripada Allah s.w.t:
Diriwayatkan daripada Mujahid katanya: “Sesungguhnya mereka (sahabat-sahabat Nabi s.a.w) berkumpul ketika majlis khatam Al Quran dan mereka berkata: Sesungguhnya telah turun rahmat Allah.” 3. Doa di aminkan oleh malaikat:
Diriwayatkan daripada Hamid Al A‟raj katanya: “ Sesiapa yang membaca Al Quran kemudian berdoa, maka sebanyak 4000 malaikat akan mengaminkan doanya.” 4. Waktu doa dimustajab (diperkenan):
Diriwayatkan daripada Hikam Bin „Utaibah katanya: “…sesungguhnya doa dimustajabkan (diperkenankan) ketika majlis khatam Al Quran.” 5. Dijanjikan pohon di dalam syurga:
Diriwayatkan daripada Anas r.a, Nabi s.a.w bersabda: “Ketika majlis khatam Al Quran itu doa dimustajabkan serta disediakan sebatang pohon di dalam syurga (bagi sesiapa yang menghadiri majlis tersebut).”
Semoga dengan perkongsian ringkas ini akan memberi suntikan semangat kepada kita untuk lebih berusaha mengkhatamkan Al Quran dalam kehidupan seharian.
Carilah kesempatan untuk membaca Al-Quran sehingga khatam walau sesibuk mana pun kita dengan urusan dunia supaya urusan akhirat yang lebih besar ini tidak keciciran di kemudian hari nanti.
Comentarios