Majlis Khatam Al-Quran Adik Haikal
- Admin
- May 26, 2017
- 1 min read
Alhamdulillah, 29 Sya'aban 1438H merupakan tarikh keramat bagi adik Muhammad Haikal Danish bin Muhd Zubir (9 Tahun) yang baru sahaja selesai khatam Al-Quran kali pertama setelah bertungkus lumus dan istiqamah untuk menghabiskan bacaan Al-Quran bersama Al-Fadhil Ustaz Ahmad Syukri (Guru Bersanad). Semoga Allah SWT melimpahkan rahmat kepada adik Muhammad Haikal di atas usaha sungguh-sungguh yang telah dilakukan. Barakallahufeek ya tholibul ilmi!!! Teruskan Belajar Al-Quran sehingga ke akhir hayat!
Comentarios