top of page
Search

KELAS MENGAJI AL-QURAN & QIRAATI

  • Admin
  • May 28, 2017
  • 1 min read

Bismillahirrahmaanirrahim....


Alhamdulillah atas nikmat yang telah diberikan oleh Allah SWT, akhirnya genap setahun kelas mengaji Al-Quran ini berlangsung dan sehingga sekarang masih lagi tidak putus-putus anak-anak di sini datang belajar mengaji Al-Quran & Qiraati bersama Al-Fadhil Ustaz Syukri & Al-Fadhilah Ustazah Hafizah. Bermula daripada 1


orang sehingga sekarang jumlah pelajar mencecah sebanyak 30 orang. Tahniah dah Syabas kami ucapkan kepada pelajar-pelajar yang sentiasa istiqamah dalam menempuh liku-liku dan cabaran dalam belajar Al-Quran ini.


Antara Kelebihan Belajar Al-Quran adalah :


Abdullah bin Mas’ud r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda,


“Sesiapa yang membaca satu huruf daripada kitab Allah swt maka untuknya diberi satu hasanah (kebaikan) sebagai ganjaran bagi huruf itu dan satu hasanah adalah sama dengan sepuluh pahala. Aku tidak berkata (alif,lam,mim) sebagai satu huruf tetapi (alif) adalah satu huruf, (lam) adalah satu huruf dan (mim) adalah satu huruf.” (Riwayat Tirmizi)


Dari Abu Umamah Al-bahili ra, dia berkata, saya mendengar Rasulullah saw bersabda,

"Bacalah Al Qur'an. Karena ia pada hari kiamat nanti akan datang untuk memberikan syafaát kepada para pembacanya." (HR Muslim)


Rasululullah SAW Bersabda: "Perumpamaan orang Mukmin yang membaca Al-Quran, adalah seperti bunga utrujjah, baunya harum dan rasanya lazat; orang Mukmin yang tidak membaca Al-Quran, adalah seperti buah kurma, baunya tidak begitu harum, tapi manis rasanya; orang munafiq yang membaca Al-Quran ibarat sekuntum bunga, berbau harum, tetapi pahit rasanya; dan orang munafiq yang tidak membaca Al-Quran, ia tak ubah seperti buah hanzalah, tidak berbau dan rasanya pahit sekali." (HR Bukhari)


Dari Aisyah r.a katanya, sabda Rasulullah s.a.w “Seorang yang membaca Al-Quran sedang dia mahir dalam membacanya, bersamanya malaikat utusan Allah yang baik. Dan orang yang membaca Al-Quran dalam keadaan tergagap-gagap (berkeadaan payah), maka baginya dua pahala”


Hadith Riwayat Muslim.



Comentarios


  • White Instagram Icon

© Copyright 2017 by Intisyar Resources  

Hubungi Kami

Tel: 019-3733701 / 011-25649864

Email: ngajangaji@gmail.com

Alamat

8-1-13 Gugusan Semarak

Jalan Camar 4/1 Seksyen 4

Kota Damansara

bottom of page