top of page



Profil Pengasas Ngaja Ngaji
AL-FADHIL USTAZ SYUKRI berasal dari Kuala Krai Kelantan. Setelah tamat pengajian Sijil Tinggi Menengah Agama (STAM) dengan mendapat keputusan MUMTAZ di Maahad Rahmaniah Kuala Krai pada tahun 2008, beliau terus menyambung pengajian ke Universiti Al-Azhar di Mesir di dalam jurusan Syariah Islamiyyah selama 4 Tahun. Alhamdulillah, beliau berjaya menamatkan pengajian tersebut selama 4 tahun di Mesir dengan mendapat keputusan JAYYID.
Ketika berada di sana, Beliau sempat bertalaqqi Al-Quran Riwayat Hafs An Asim secara bersanad dengan beberapa orang Syeikh Arab. Antaranya Syeikh Ahmad Muhammad Al Husaini Ahmad Al-Maddah Al-Azhari, Al Marhum Syeikh Abdul Mun'im Muhammad Najjar, Syeikh Ahmad bin Muhammad Al-Nahrithi Al-Husaini & Al-Fadhil al-Syeikh Ashraf al-Azhari al-Hasani (Imam Masjid al-Azhar). Selain dari bertalaqqi Al-Quran, beliau juga berkesempatan menimba ilmu secara bertalaqqi bersama Syeikh Nuruddin Marbu Al-Banjari ketika beliau mengadakan kelas di Rumah Kedah. Selain itu, beliau juga memiliki sanad pembacaan Hadith 40 Imam Nawawi daripada Syeikh Usamah Sayyid Al-Azhari dan Sanad Sima'ie Kitab Syamail Al-Muhammadiyyah karangan Imam Tirmizi yang dibacakan oleh Syeikh 'Ishom Anas Az-Ziftawi dan beberapa orang syeikh azhari di Masjid As-Salam, Tanta.
​
​
"SEBAIK-BAIK MANUSIA ADALAH MEREKA
YANG BERMANFAAT BAGI ORANG LAIN"
















bottom of page